Gulai Ikan Tongkol ala Zidane Zidane

Bahan-bahan:

-1 ekor ikan tongkol
-5 tangkal cili merah
-1 ketumbar
-1/2 jintan putih
-10 biji bawang merah
-2 ulas bawang putih
-0.5 cm lengkuas
-1 batang serai
-2 keping asam gelugur
-1 biji kelapa
-sedikit kelapa bakar(ditumbuk halus)
-5 biji lada merah

cara nak buat:

-ikan dibersihkan dan dipotong-potong.direbus dengan asam gelugur dan sedikit garam.bila telah masak hendaklah diangkat dan keluarkan dari airnya
-cili kering,bawang,rempah,lada hitam,jintan dan lengkuas hendaklah digiling/tumbuk lumat
-panaskan kuali,letak sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang digiling/tumbuk tadi.bila naik baunya,masukkan santan dan serai serta kelapa bakar yang telah ditumbuk lumat
-bila mendidih dan agak pekat serta bermiyak barulah masukkan lada merah dan ikan serta rasalah manisnya

Nasi Dagang Hishamuddin keris


Bahan-bahan:-

-1 cupak beras nasi dagang(4 pot susu)
-1 biji kelapa
-15 biji halba
-5 biji bawang merah
-2 ulas bawang putih
-4 hiris halia

cara nak buat:

-beras dibersih dan direndam selama 1 malam
-santan dari kelapa td ambil yang pekat sebanyak 1 cawan,yang cair juga 1 cawan.taruhkan sedikit garam halus dalam santan ini.
-bawang merah,bawang putih dan halia hendaklah dihiris halus.
-kukus beras untuk selama 1/2 jam,masukkan kedal sebuah bekas dan disiram dengan santan cair
-kukus kembali untuk selama 15 minit atau hingga nasi masak
-angkat,masukkan dalam sebuah bekas dan taburkan dengan hirisan bawang dan halia serta halba
-gaulkan bersama-sama pati santan hingga rata.kukus sekali lagi untuk selama 15 minit sebelum diangkat dan dihidang..

Nasi lemak (untuk geng2 bujang)

bahan-bahan:

-1 biji kelapa(diparut atau beli kat kedai yg dah mesin)
-2 cawan beras
-3 helai daun pandan
-sedikit garam

bahan-bahan sambal:

-1/2 cawan ikan bilis
-sdikit belacan
-1 biji bawang besar
-8 tangkai cili kering
-4 biji bawang merah
-1 ulas bawang putih
-sedikit asam jawa
-garam dan gula

cara nak buat:

-beras dicuci bersih dan toskan
-kelapa tadi diperah,jadikan 2 cawan santan pekat.
-curah santan kedalam periuk perlahan-lahan.
-masak santan hingga mendidih baru masukkan beras bersama-sama dengan ikatan daun pandan dan garam.jerang hingga masak.
-jika suka..bole nak letakkan sedikit hirisan halus halia dan sedikit halba.

cara menyediakan sambal:

-ikan bilis digoreng hingga garing
-belacan ditumbuk lumat dengan bawang merah,bawang putih dan cili kering yang telah dibuang bijinya
-bawang besar dihiris membulat
-panaskan sedikit minyak,tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk,masukkan bawang besar dan bila naik baunya bubuh sedikit air asam jawa,sedikit garam,sedikit gula.bila kuahnya pekat barulah masukkan ikan bilis goreng.kacau jap dan angkat

p/s-nak lebih ngam makan waktu masih panas dengan telur rebus,sambal tumis,kacang tanah goreng,ikan bilis goreng dan ulam mentimuln..

Makaroni Bakar Ala Banting

Bahan-bahan:

-200g makaroni direbus sampai kembang
-200g daging cincang
-100g kacang pea
-3 sudu cili boh
-2 sudu sos tomato
-seikat daun sup dan bawang
-2 bawang besar
-5 ulas bawang putih
-1/2 inci halia
-3 sudu minyak
-5 biji rtelur
-garam secukupnya

cara nak buat:
-bawang besar,bawang putih dan halia dipotong sekecil 1/2 inci.selepas itu ditumis sehingga naik bau.masukkan cili boh,sos tomato,dan digoreng.kemudian masukkan daging cincang dan biarkan sehingga daging empuk.campurkan kacang pea dan makoroni lalu digaul.garam dimasukkan secukup rasa.
-masukkan adunan makaroni td kedalam sebuah bekas.telur dipukul hingga kembang dan dituang keatas adunan td dan dibakar didalan oven selama 20 minit.kepanasan ketuhar lebih kurang 180'F.selamat mencuba

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme