Apple Pie







Bahan-bahannya
-Tepung serbaguna
-mentega (blh jugak menggunakan shortening)
-1 sudu garam
-1/2 cawan air sejuk
-3 biji apple hijau dibuang kulit dan dipotong dadu
-1/3 cawan gula pasir
-1/2 sudu serbuk kayu manis
-minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

  1. Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul. Ayak tepung dan garam. Potong mentega yang masih beku. Gaul mentega dengan tepung. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.
  2. Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci . Letakkan inti epal ditengah pastry. Gunakkan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar. Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan. Toskan atas tisu serap minyak.
Tips: untuk mendapatkan hasil pie yg rangup, simpan apple pie di dlm fridge 15 minit sbl digoreng. 

#credit to resepimama

Kari Ikan









Bahan-bahannya
-2 ekor ikan kembung
-8 ulas bawang putih (3 ulas dimayang dan selebihnya ditumbuk)
-15 ulas bawang merah (5 ulas dimayang dan selebihnya ditumbuk)
-1 1/2 paket serbuk kari
-sedikit biji sawi
-santan
-air asam jawa
-garam
-daun kari

 Cara-caranya
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan
  2. Masukkan biji sawi
  3. Masukkan kari yang telah digaul dengan bawang merah dan bawang putih yg telah ditumbuk halus
  4. Apabila rempah tersebut sudah garing, masukkan santan.
  5. Kemudian masukkan ikan, air asam jawa dan garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan daun kari
  7. Siap utk dihidangkan 

#credit to resepimama

Gulai perut dan Nangka

pic gambaran penulis sahaja

Bahan-bahan:-
-1 kilo perut lembu
-1/2 kilo nangka mentah(potong kepada kiub kecil)
-1 1/2 liter santan kelapa
-70g cili padi (a)
-50g bawang merah (b)
-30g bawang putih (c)
-30g halia (d)
-30g lengkuas (e)
-10g lada hitam (f)
-40g buah keras (g)
-1 3/4 kunyit hidup (h)
-3 batang serai( diketuk)
-5 helai daun limau purut
-garam dan serbuk perasa secukupnya

-(a) hingga (h) ditumbuk lumat

cara nk buat:-

-perut dibersih dan dipotong kecil.kemudian rebus nangka sehingga lembut da tos kan selepas itu.campurkan perut dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat,serai dan daun limau purut kedalam periuk dan masakkan diatas api yang sederhana
-pati perut lembu akan keluar semasa ianya direbus.masakkan ia hingga kering.jika perut lembu tida menjadi lembut,masukkan air panas kedalamnya
-masakkan ia hingga menjadi lembut.kemudian masukkan santan kelapa dan nangka.biarkan hingga lauk ini masak dan bubuhkan garam dan serbuk perasa secukupnya.SELAMAT MENCUBA

Sotong Sumbat

#pic credit to mamasya

Bahan-bahan:
-500 g sotong basah (sederhana besar)
-400g 'red snapper'
-1 helai daun kunyit
-1 biji kelapa parut
-10g halia
-10g cili merah
-1/2 teh camca serbuk kunyit
-1 biji telur
-garam secukupnya
-lada hitam

cara nk buat:

-Giling 'red snapper' dengan cili merah,daun kunyit, kelapa,halia dan telur.sumbatkan sebahagian bahan yang digiling kedalam sotong
-masukkan sotong yang disumbat tadi kedalam campuran kunyit,santan,cili dan halia.campurkan sedikit garam dan lada hitam secukup rasa

p/s-nak cara lain?tengok sini cara lain

Ayam Seri Ratu






Bahan-bahan:-

-6 keping paha ayam
-2 helai daun limau purut
-30g cili boh(giling)
-10g halia
-50g lobak merah
-20g pes potato
-5g gula pasir
-20g asam jawa
-garam secukup rasa
-serbuk lada hitam

cara nk buat:

-goreng paha ayam sehingga kuning keemasan.goreng sedikit cili dan daun limau purut,halia dan pes tomato
-masukkan paha ayam yang telah digoreng tadi bersama-sama asam jawa,lobak merah dan gula.bubuh garam dan serbuk lada hitam mengikut rasa yang anda gemar..SELAMAT MENCUBA YE

Lengat Ikan Haruan






Bahan-bahan:-

-8 ekor ikan haruan
-3batang serai (a)
-2g halia (b)
-5 ulas bawang putih (c)
-10 ulas bawah merah (d)
-5 sudu besar gula
-garam dan serbuk perasa secukupnye

-(a) hingga (d) dikisar bersama

cara nak buat:

-Ikan disiang dan dibersihkankemudian dicuci dengan air asam jawa supaya hilang bau hanyir.Tos kan
-kemudian campurkan gula,garam dan serbuk perasa kepada bahan yang dimesin.setelah itu sapukan di atas ikan haruan tadi
-kemudian bolehlah dikukus ikan hingga masak.untuk lebih enak,boleh dimakan dengan sambal tomato..SELAMAT MENCUBA..muahhhhhhh

Ikan Ketuka Bakar







Bahan-bahan:-

-seekor ikan ketuka
-1/2cm halia (a)
-1/2cm lengkuas(b)
-2 batang serai(c)
-3 ulas bawang merah(d)
-3 ulas bawang putih(e)
-garam,gula dan serbuk perasa secukupnya(f)

- (a) hingga (f) dimesin bersama

cara membuat:-

-ikan ketuka disiang dan dibersihkan.kemudian diperap dengan bahan yg dimesin td
-setelah itu bolehla dibakar selama 10minit dan dihidangkan..selamat mencuba..muahhhhhh

p/s-tatau pasal sukatan?tengok sini:-sukatan

Ayam Anggur






Bahan-bahan:-

-1.5 kg ayam
-120gm bawang besar
-50gm bawang merah
-20gm bawang putih
-15gm bunga cengkih ditumbuk lumat
-10gm buah pelaga
-15gm kulit kayu manis
-220gm rempah ketumbar
-20gm lada putih
-120gm susu cair
-50gm biji gajus
-15gm daun bawang
-120gm buah kismis
-120gm minyak sapi
-50gm sos tomato
-15gm garam
-2 biji telur(direbus)
-10gm serbuk perasa

cara nk buat:-

-Tumis semua bahan-bahan yang telah ditumbuk halus sehingga kuning.kemudian masukkan rempah ketumbar,dimasak sehingga pecah minyaknya
-Setelah itu masukkan ayam ke dalam rempah yang sedang digoreng tadi bersama dengan susu cair dan sos tomato
-Apabila ayam telah masak,masukkan garam dan serbuk perasa.Angkat dan masukkan kedalam sebuah bekas.kemudian taburkan kismis,biji gajus,bawang goreng dan daun bawang.

p/s-tatau pasal sukatan?tengok sini:-sukatan

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme