Gulai perut dan Nangka

pic gambaran penulis sahaja

Bahan-bahan:-
-1 kilo perut lembu
-1/2 kilo nangka mentah(potong kepada kiub kecil)
-1 1/2 liter santan kelapa
-70g cili padi (a)
-50g bawang merah (b)
-30g bawang putih (c)
-30g halia (d)
-30g lengkuas (e)
-10g lada hitam (f)
-40g buah keras (g)
-1 3/4 kunyit hidup (h)
-3 batang serai( diketuk)
-5 helai daun limau purut
-garam dan serbuk perasa secukupnya

-(a) hingga (h) ditumbuk lumat

cara nk buat:-

-perut dibersih dan dipotong kecil.kemudian rebus nangka sehingga lembut da tos kan selepas itu.campurkan perut dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat,serai dan daun limau purut kedalam periuk dan masakkan diatas api yang sederhana
-pati perut lembu akan keluar semasa ianya direbus.masakkan ia hingga kering.jika perut lembu tida menjadi lembut,masukkan air panas kedalamnya
-masakkan ia hingga menjadi lembut.kemudian masukkan santan kelapa dan nangka.biarkan hingga lauk ini masak dan bubuhkan garam dan serbuk perasa secukupnya.SELAMAT MENCUBA

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme