Lontong

Bahan-bahan:
-beras sesuka hati anda
-daun pisang

cara nak buat:
-beras dicuci dan toskan
-buat kelongsong daun pisang.jika cermat daun itu tak payah dilayur,tapi jika pecah-pecah,layurkan dulu sehingga lembut dan mudah dibuat kelongsong
-bentuk kelongsong seberapa besar dan panjang yang anda suka
-masukkan beras hanya sesuku kelongsong.ikat kuat-kuat hujung dan pangkalnya
-rebus dalam air yang sudah mendidih.ulang rebus sebanyak 2 kali supaya lontong itu tahan disimpan beberapa hari

Rendang Daging Kerisik ala Dewi Persik

Bahan-bahan:
-600g daging
-1 1/2 biji kelapa
-150g cili boh
-sejemput cili api
-300g bawang merah
-1 batang serai

cara nak buat:
-daging dipotong kecil
- sebiji kelapa yang diparut,diperah untuk santannya 3 mangkuk.setenganh biji lagi diparut jugadirendang hingga kuning dan digiling.
-cili padi,bawang merah dan garam ditumbuk halus
-masukkan semua bahan-bahan di atas kedalam kuali
-jerang atas api yang sederhana sehingga daging empuk
-masak rendang itu jangan terlalu kering kerana ia lebih sedap dimakan dengan ketupat biasa atau ketupat pulut

Soto Ayam Kak Bedah

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-2 batang serai
-1.5 cm lengkuas
-1.5cm halia
-5 biji bawang merah
-5 ulas bawang putih
-5cm kayu manis
-10 kuntum bunga cengkih
-5 kuntum bunga lawang
-1 camb jintan manis
-1 camb jintan putih
-5 biji buah pelaga

cara menyediakan supnya:
-bawang merah,serai,bawang putih,lengkuas,halia,kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga semuanya ditumbuk hingga halus
-masukkan juga jintan manis dan jintan putih yang sudah dibancuh dan kemudian ditumis
-masukkan air kedalamnya dan masukkan ayam.apabila ayam empuk,asingkan.

Gulai Ikan Tongkol ala Zidane Zidane

Bahan-bahan:

-1 ekor ikan tongkol
-5 tangkal cili merah
-1 ketumbar
-1/2 jintan putih
-10 biji bawang merah
-2 ulas bawang putih
-0.5 cm lengkuas
-1 batang serai
-2 keping asam gelugur
-1 biji kelapa
-sedikit kelapa bakar(ditumbuk halus)
-5 biji lada merah

cara nak buat:

-ikan dibersihkan dan dipotong-potong.direbus dengan asam gelugur dan sedikit garam.bila telah masak hendaklah diangkat dan keluarkan dari airnya
-cili kering,bawang,rempah,lada hitam,jintan dan lengkuas hendaklah digiling/tumbuk lumat
-panaskan kuali,letak sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang digiling/tumbuk tadi.bila naik baunya,masukkan santan dan serai serta kelapa bakar yang telah ditumbuk lumat
-bila mendidih dan agak pekat serta bermiyak barulah masukkan lada merah dan ikan serta rasalah manisnya

Nasi Dagang Hishamuddin keris


Bahan-bahan:-

-1 cupak beras nasi dagang(4 pot susu)
-1 biji kelapa
-15 biji halba
-5 biji bawang merah
-2 ulas bawang putih
-4 hiris halia

cara nak buat:

-beras dibersih dan direndam selama 1 malam
-santan dari kelapa td ambil yang pekat sebanyak 1 cawan,yang cair juga 1 cawan.taruhkan sedikit garam halus dalam santan ini.
-bawang merah,bawang putih dan halia hendaklah dihiris halus.
-kukus beras untuk selama 1/2 jam,masukkan kedal sebuah bekas dan disiram dengan santan cair
-kukus kembali untuk selama 15 minit atau hingga nasi masak
-angkat,masukkan dalam sebuah bekas dan taburkan dengan hirisan bawang dan halia serta halba
-gaulkan bersama-sama pati santan hingga rata.kukus sekali lagi untuk selama 15 minit sebelum diangkat dan dihidang..

Nasi lemak (untuk geng2 bujang)

bahan-bahan:

-1 biji kelapa(diparut atau beli kat kedai yg dah mesin)
-2 cawan beras
-3 helai daun pandan
-sedikit garam

bahan-bahan sambal:

-1/2 cawan ikan bilis
-sdikit belacan
-1 biji bawang besar
-8 tangkai cili kering
-4 biji bawang merah
-1 ulas bawang putih
-sedikit asam jawa
-garam dan gula

cara nak buat:

-beras dicuci bersih dan toskan
-kelapa tadi diperah,jadikan 2 cawan santan pekat.
-curah santan kedalam periuk perlahan-lahan.
-masak santan hingga mendidih baru masukkan beras bersama-sama dengan ikatan daun pandan dan garam.jerang hingga masak.
-jika suka..bole nak letakkan sedikit hirisan halus halia dan sedikit halba.

cara menyediakan sambal:

-ikan bilis digoreng hingga garing
-belacan ditumbuk lumat dengan bawang merah,bawang putih dan cili kering yang telah dibuang bijinya
-bawang besar dihiris membulat
-panaskan sedikit minyak,tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk,masukkan bawang besar dan bila naik baunya bubuh sedikit air asam jawa,sedikit garam,sedikit gula.bila kuahnya pekat barulah masukkan ikan bilis goreng.kacau jap dan angkat

p/s-nak lebih ngam makan waktu masih panas dengan telur rebus,sambal tumis,kacang tanah goreng,ikan bilis goreng dan ulam mentimuln..

Makaroni Bakar Ala Banting

Bahan-bahan:

-200g makaroni direbus sampai kembang
-200g daging cincang
-100g kacang pea
-3 sudu cili boh
-2 sudu sos tomato
-seikat daun sup dan bawang
-2 bawang besar
-5 ulas bawang putih
-1/2 inci halia
-3 sudu minyak
-5 biji rtelur
-garam secukupnya

cara nak buat:
-bawang besar,bawang putih dan halia dipotong sekecil 1/2 inci.selepas itu ditumis sehingga naik bau.masukkan cili boh,sos tomato,dan digoreng.kemudian masukkan daging cincang dan biarkan sehingga daging empuk.campurkan kacang pea dan makoroni lalu digaul.garam dimasukkan secukup rasa.
-masukkan adunan makaroni td kedalam sebuah bekas.telur dipukul hingga kembang dan dituang keatas adunan td dan dibakar didalan oven selama 20 minit.kepanasan ketuhar lebih kurang 180'F.selamat mencuba

Sup Makaroni Rajanikanth







Bahan-bahan:-

-200g makaroni
-400g tulang daging(direbus hingga empuk)
-200g daging (direbus empuk)
-1 labu bawang besar
-5 ulas bawang putih
-1 1/2 inci halia
-2 sudu makan rempah sup
-1 batang kulit kayu manis
-5 biji bunga cengkih
-5 biji buah pelaga
-1 mangkuk air
-1/2 cawan minyak
-garam secukupnya
-untuk bahan tabur,sediakan bawang goreng dan sup dan daun bawang

cara nak buat:

-bawang besar,bawang putih, dan halia ditumbuk hingga lumak dan ditumis hingga naik bau.masukkan rempah dan biar hingga garing.setelah itu masukkan tulang daging yang telah direbus bersama airnya sekali.biarkan hingga mendidih
-masukkan air,kulit kayu manis,bunhga cengkih dan buah pelaga.garam secukup rasa dan biarkan hingga mendidih sup td.makaroni td direbus selama 15-20 min,kenudian toskan.campur sup td dan taburkan bahan taburan sebelum dihidang

Kitaran Daging Malikul Sembab

Bahan-bahan:

Adunan Dasar:-

-500g tepung terigu
-250cc air fridge
-250g lemak karipap
-65g mentega
-1/2 sudu teh garam
-1 biji merah telur untuk sapu

Isi:-
-260g daging cincang
-2 biji bawang besar potong dadu
-2 tangkai lada merah/hijau (hiris halus)
-beberapa tangkai daun sup/bawang
-100g loak merah didadu
-2cm halia ditumbuk
-3 ulas bawang putih ditumbuk
-2 sudu teh rempah kari daging
-sedikit tepung terigu
-sedikit mentega dan garam

cara nak buat:

-panaskan mentega lalu tumiskan rempah tumbuk.bila garin,.masukkan daging dan sedikit air.masukkan bawang dadu,lobak,lada hiris,daun sup/bawang dan tepung yang telah dibancuh dengan sedikit air.masak hingga kering

Daging Dalma Bik Mama

mamangok takde gambar daging dalma..jadi bagi mengantikan gambar tersebut,mamangok letak gambar BIK MAMA ye...

     




bik mama



mesti anda tertanya-tanya..aik..takkan nak masak daging badak...taklah..sebenarnya..picture badak ni mamangok letak untuk menggantikan gambar bik mama..tuan punya nama bik mama ni comel diletak gambar badak..bukan nak menghina orang yang sihat..tapi bik mama memang suka badak..nak wat macammane..huhuhu
bahan-bahan:-

1000g daging
-120g bawang besar (a)
-10g bawang merah (b)
-20g bawang putih(c)
-20g halia(d)
-30g lada putih(e)
-20g kunyit hidup(f)
-30g serai(g)
-30g gula(h)
-40g rempah ketumbar
-20g garam
-20g serbuk perasa
-15g daun bawang
-15g daun sup

-(a) hingga (h) ditumbuk lumat

cara nak buat:

-daging dipotong nipis selebar seperti mini stek.gaulkan dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat.perapkan selama 3 atau 4 jam.
-panaskan minyak dan masukkan daging yang telah diperap bersama rempah ketumbar,garam dan serbuk perasa.
-goreng daging tadi sehinnga menjadi empuk.letakkan kedalam sebuah bekas dan susun daging tersebut.hiaskan dengan bawang goreng dan daun sadri/sup yg telah dipotong

Lala laila isabella

ini lala
ini laila isabella

so mamangok namakan resepi lala laila isabella

bahan-bahan:-

-2 kg lala
-10 biji cili merah
-5 biji cili padi
-2 sudu teh petis kacang
-5 ulas bawang putih
-1 cm halia
-3 sudu teh ciliboh
-2 sudu teh gula
-1 sudu teh sos kacang soya
-1 tangkai daun bawang

cara nak buat:-

-cili merah,cili padi,petis ,bawang putih,halia,cili boh,gula,dan sos kacang soya dimasak bawah api yg sederhana panas,supaya ramuan itu tidak cepat hangit.ramuan itu yg dijadikan kuah digoreng dengan lada sehingga masak
-taburkan daun bawang ke atas masakan.ia da siap utk dimakan

p/s:nak lebih feel..makan sambil layan cite laila isabella

Ketam Masak Lemak Janda Meletup


Bahan-bahan:-

-1000g ketam bunga
-1 liter santan pekat
-150g serai
-150g bawang merah
-100g cili padi
-50g kunyit hidup
-garam ikut rasa
-serbuk perasa
-1/2 biji nanas

cara nak buat:-

ketam dibersih dan dipotong 2.serai dititik.
-bawang merah,cili merah,cili padi dan kunyit hidup ditumbuk.nenas pula dikupas kulit dan dipotong nipis-nipis
-ketam dimasukkan kedalam periuk sambil dituangkan santan.masukkan serai,bahan tumbuk dan serbuk perasa
-masak diatas api hingga mendidih,dan akhir sekali masukkan nenas.kemudian bolehlah angkat.

Chap Chye Osman Kering

chap chye(hiasan)

jeng-jeng dan yg ni tuan empunya nama

osman kering


hahaha..maka jadilah chapchye osman kering.....


Bahan-bahan:-

-300g udang(dikupas kulit)
-300g kubis(dipotong)
-60g tauhu kering(dipotong 6cm dan rendam)
-40g pucuk(direndam dan dipotong panjang-panjang)
-40g bunga pisang(rendam dan pintal)
-20g cendawan kering (direndam dalam air panas dan belah dua)
-2 keping tauhu(digoreng dan potong persegi
-1 bungkus soohon(direndam)
-1/2 cawan minyak
-6 sudu besar minyak
-2 sudu besar kicap putih
-3 sudu besar taucu

bahan ditumbuk kasar:

-2 ulas bawang putih
-10 ulas bawang merah

cara nak buat:

-panaskan 1/2 cawan minyak dan goreng setiap satu bahan diatas secara berasingan hingga hampir garing.angkat dan ketepikan dahulu
-panaskan 6 sudu besar minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk,kacau sehingga wangi.campurkan udang dan tuang kicap putih
-kemudian masukkan kesemua bahan yang telah digoreng,kecuali kubis dan soohon.kacau hingga sebati
-setelah itu baru masukkan kubis dan soohon.kacau lagi dan kemudian,bolehlah angkat..maka jadilah chap chye osman kering...

p/s-kalu nak lebih rasa dramatik,mamangok cadangkan letak gambar osman kering di hadapan ketika memasak..selamat mencuba

Siakap Kukus ala Mourinho






hahahaha...ala Mourinho?siapa dia ni?..apa kena mengena? Dia ni pengurus pasukan bolasepak real madrid...sebenarnya saje poyo2 mamangok je nk tukar nama...bosan ar dengan nama yg sama apa kata mulai sekarang mamangok akan tukar semua nama2 resepi ni ikut suka2 mamangok.,.hahahaa...anda pun bole mencuba..tiada siapa nk menghalang....

Bahan-bahan:-

-1 ekor ikan siakap
-10g buah keras
-5 ulas cili padi
-10 ulas cili merah
-5 ulas bawang merah
-5 ulas bawang putih
-2 sudu teh petis udang
-1 sudu teh gula
-1 sudu teh garam
-sedikit serbuk perasa
-1/2 cawan air

cara nk buat:

-ikan siakap dibasuh bersih-bersih dengan air asam bagi hilangkan bau hanyir.semua ramuan td dimasukkan didalam air,biarkan sehingga berbau wangi.kemudian,tuangkan kuah itu kedalam ikan.kukus ikan selama 10 minit
-sebelum mengukusnya,pastikan air kukusan telah mendidih,setelah masak angkat..dan hidangkan panas2

Kerabu Perut Dan Taugeh


Bahan-bahan:
-300g perut
-300g taugeh
-150g beras
-600g kelapa
-150g bawang merah
-3 biji cili merah
-10 cili cili padi
-1cm lengkuas
-1cm halia
-50g belacan
-2 biji limau nipis
-garam secukup rasa

cara nak buat:

-perut dibasuh bersih dan direbus.masukkan sedikit garam.setelah empuk,diangkat dan dihiris nipis2
-taugeh dicelur didalam air yg mendidih.jgn layu.sementara beras digoreng tanpa minyak sehingga berwarna merah kemudian diangkat dan dimesin hingga halus.
-setengah kelapa dijadikan kerisik dan setengah lagi dijadikan santan pekat
-cili merah,cili padi,halia,lengkuas,serai,belacan,bawang merah dimesin halus
-gaulkan kesemua bahan yg dimesin dengan santan.masukkan juga garam dan air limau.kacau rata-rata.akhir sekali,masukkan perut dan taugeh,kacau lagi.rasalah asam garamnya.kemudian boleh dihidangkan..



cara lain:disini


Gulai pucuk ubi Dengan Cendawan Kukur(CARA KAMPUNG)

sumber:cik Halijah

Bahan-bahan:-
-2 ikat pucuk ubi yang muda
-2 biji kelapa(untuk santan)
-50g ikan bilis (dikopek)
-250g cendawan kukur
-50g cili padi
-150g bawang merah
-2 inci kunyit hidup
-2 batang serai
-garam secukupnya

cara nak buat:
-pucuk ubi kena bersih2...
-santan tadi diperah..asingkan yg pekat dan cair
-bersihkan ikan bilis.cendawan dibersihkan dengan meramas dengan garam..cuci hingga bersih
-haluskan semua bahan-bahan kecuali serai titik.jerangkan periuk,masukkan bahan yang dihaluskanserai titik dan santan cair
-setelah mendidih masukkan pucuk ubi dan cendawan serta ikan bilis
-setelah kuah tinggal sedikit,masukkan santan pekat dan kacau selalu
-rasa garamnye dan angkat setelah sayur masak.
SELAMAT MENCUBA

Kerabu Nangka







-"nenek oooo nenek....tolong buatkan resepi kerabu nangka"(budak kecik)
-"uiksssssss...jap2..nenek online cari resepi..huhuhuhu"(nenek dah tua skit2)


Bahan-bahan:-

-1/2 biji nangka
-5 biji cili padi
-4 biji cili merah
-1 ruas asam jawa
-1/2cm lengkuas
-secekak daun selom
-sedikit gula dan garam

cara nak buat:

-nangka direbus dan dihiris halus .cili padi dan cili merah ditumbuk halus.begitu juga dengan daun selom dan lengkuas
-gaulkan kesemua bahan di atas bersama serbuk perasa dan garam..SELAMAT MENCUBA UNTUK NENEK TUA SKIT2

Gulai Lemak Ikan Kering(ikan masin) dan Nanas



Mesti pernah makan atau dengar kan..masak sendiri atau tolong habiskan neh...hahahaa..kepada geng-geng bujang yang dok diperantauan atau geng-geng pemuda dan pemudi yang masih xreti nak masak..(maklumlah selama ni asyik tolong makan je)..ni mamangok bg cara2 nak memasaknya...selamat mencuba!

Bahan-bahan:-
-1 biji nenas
-300g tulang ikan kering
-2 bungkus rempah gulai lemak
-100g bawang merah
-50g bawang putih
-600m kelapa parut
-3 tangkai daun kari
-50g halba campur
- minyak
-garam dan serbuk perasa secukupnya

cara nak buat:-

-nenas dikupas kulitnya dan dipotong nipis-nipis
-tulang ikan kering dipotong kecil-kecil.direndam untuk hilangkan rasa masin.setengah dari bawang merah dan putih ditumbuk hakus dan setengah lagi dimayang
-masukkan rempah dan air sekejap.kemudian masukkan pula ikan kering,dikacau rata.masukkan kesemua santan.biarkan mendidih
-masukkan nenas,garam dan serbuk perasa.akhirnya masukkan santan pekat
-panaskan kuali.tumiskan bawang merah,daun kari dan halba campur.setelah kuning,angkat dan tuangkan kedalam kuali tadi.try rasa garamya..masin ke tidak..lepas tu bolehlah geng2 hidangkan...selamat mencuba

Apple Pie







Bahan-bahannya
-Tepung serbaguna
-mentega (blh jugak menggunakan shortening)
-1 sudu garam
-1/2 cawan air sejuk
-3 biji apple hijau dibuang kulit dan dipotong dadu
-1/3 cawan gula pasir
-1/2 sudu serbuk kayu manis
-minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

  1. Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul. Ayak tepung dan garam. Potong mentega yang masih beku. Gaul mentega dengan tepung. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.
  2. Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci . Letakkan inti epal ditengah pastry. Gunakkan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar. Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan. Toskan atas tisu serap minyak.
Tips: untuk mendapatkan hasil pie yg rangup, simpan apple pie di dlm fridge 15 minit sbl digoreng. 

#credit to resepimama

Kari Ikan









Bahan-bahannya
-2 ekor ikan kembung
-8 ulas bawang putih (3 ulas dimayang dan selebihnya ditumbuk)
-15 ulas bawang merah (5 ulas dimayang dan selebihnya ditumbuk)
-1 1/2 paket serbuk kari
-sedikit biji sawi
-santan
-air asam jawa
-garam
-daun kari

 Cara-caranya
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan
  2. Masukkan biji sawi
  3. Masukkan kari yang telah digaul dengan bawang merah dan bawang putih yg telah ditumbuk halus
  4. Apabila rempah tersebut sudah garing, masukkan santan.
  5. Kemudian masukkan ikan, air asam jawa dan garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan daun kari
  7. Siap utk dihidangkan 

#credit to resepimama

Gulai perut dan Nangka

pic gambaran penulis sahaja

Bahan-bahan:-
-1 kilo perut lembu
-1/2 kilo nangka mentah(potong kepada kiub kecil)
-1 1/2 liter santan kelapa
-70g cili padi (a)
-50g bawang merah (b)
-30g bawang putih (c)
-30g halia (d)
-30g lengkuas (e)
-10g lada hitam (f)
-40g buah keras (g)
-1 3/4 kunyit hidup (h)
-3 batang serai( diketuk)
-5 helai daun limau purut
-garam dan serbuk perasa secukupnya

-(a) hingga (h) ditumbuk lumat

cara nk buat:-

-perut dibersih dan dipotong kecil.kemudian rebus nangka sehingga lembut da tos kan selepas itu.campurkan perut dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat,serai dan daun limau purut kedalam periuk dan masakkan diatas api yang sederhana
-pati perut lembu akan keluar semasa ianya direbus.masakkan ia hingga kering.jika perut lembu tida menjadi lembut,masukkan air panas kedalamnya
-masakkan ia hingga menjadi lembut.kemudian masukkan santan kelapa dan nangka.biarkan hingga lauk ini masak dan bubuhkan garam dan serbuk perasa secukupnya.SELAMAT MENCUBA

Sotong Sumbat

#pic credit to mamasya

Bahan-bahan:
-500 g sotong basah (sederhana besar)
-400g 'red snapper'
-1 helai daun kunyit
-1 biji kelapa parut
-10g halia
-10g cili merah
-1/2 teh camca serbuk kunyit
-1 biji telur
-garam secukupnya
-lada hitam

cara nk buat:

-Giling 'red snapper' dengan cili merah,daun kunyit, kelapa,halia dan telur.sumbatkan sebahagian bahan yang digiling kedalam sotong
-masukkan sotong yang disumbat tadi kedalam campuran kunyit,santan,cili dan halia.campurkan sedikit garam dan lada hitam secukup rasa

p/s-nak cara lain?tengok sini cara lain

Ayam Seri Ratu






Bahan-bahan:-

-6 keping paha ayam
-2 helai daun limau purut
-30g cili boh(giling)
-10g halia
-50g lobak merah
-20g pes potato
-5g gula pasir
-20g asam jawa
-garam secukup rasa
-serbuk lada hitam

cara nk buat:

-goreng paha ayam sehingga kuning keemasan.goreng sedikit cili dan daun limau purut,halia dan pes tomato
-masukkan paha ayam yang telah digoreng tadi bersama-sama asam jawa,lobak merah dan gula.bubuh garam dan serbuk lada hitam mengikut rasa yang anda gemar..SELAMAT MENCUBA YE

Lengat Ikan Haruan






Bahan-bahan:-

-8 ekor ikan haruan
-3batang serai (a)
-2g halia (b)
-5 ulas bawang putih (c)
-10 ulas bawah merah (d)
-5 sudu besar gula
-garam dan serbuk perasa secukupnye

-(a) hingga (d) dikisar bersama

cara nak buat:

-Ikan disiang dan dibersihkankemudian dicuci dengan air asam jawa supaya hilang bau hanyir.Tos kan
-kemudian campurkan gula,garam dan serbuk perasa kepada bahan yang dimesin.setelah itu sapukan di atas ikan haruan tadi
-kemudian bolehlah dikukus ikan hingga masak.untuk lebih enak,boleh dimakan dengan sambal tomato..SELAMAT MENCUBA..muahhhhhhh

Ikan Ketuka Bakar







Bahan-bahan:-

-seekor ikan ketuka
-1/2cm halia (a)
-1/2cm lengkuas(b)
-2 batang serai(c)
-3 ulas bawang merah(d)
-3 ulas bawang putih(e)
-garam,gula dan serbuk perasa secukupnya(f)

- (a) hingga (f) dimesin bersama

cara membuat:-

-ikan ketuka disiang dan dibersihkan.kemudian diperap dengan bahan yg dimesin td
-setelah itu bolehla dibakar selama 10minit dan dihidangkan..selamat mencuba..muahhhhhh

p/s-tatau pasal sukatan?tengok sini:-sukatan

Ayam Anggur






Bahan-bahan:-

-1.5 kg ayam
-120gm bawang besar
-50gm bawang merah
-20gm bawang putih
-15gm bunga cengkih ditumbuk lumat
-10gm buah pelaga
-15gm kulit kayu manis
-220gm rempah ketumbar
-20gm lada putih
-120gm susu cair
-50gm biji gajus
-15gm daun bawang
-120gm buah kismis
-120gm minyak sapi
-50gm sos tomato
-15gm garam
-2 biji telur(direbus)
-10gm serbuk perasa

cara nk buat:-

-Tumis semua bahan-bahan yang telah ditumbuk halus sehingga kuning.kemudian masukkan rempah ketumbar,dimasak sehingga pecah minyaknya
-Setelah itu masukkan ayam ke dalam rempah yang sedang digoreng tadi bersama dengan susu cair dan sos tomato
-Apabila ayam telah masak,masukkan garam dan serbuk perasa.Angkat dan masukkan kedalam sebuah bekas.kemudian taburkan kismis,biji gajus,bawang goreng dan daun bawang.

p/s-tatau pasal sukatan?tengok sini:-sukatan

Ayam Masak Merah Berempah






Bahan-bahan:-

-1 ekor ayam
-beberapa helai daun pudina
-20 tangkai cili kering
-100gm bawang merah-digoreng
-3 ulas bawang besar
-15 ulas bawang putih
-1/2 cm halia
-sebungkus rempah kari daging
-1 tin sedang tomato puree
-1/2 tin susu cair
-3 biji tomato
-1/2 cawan minyak untuk menumis
-garam dan serbuk perasa(ajinomoto ke) secukupnye

cara nak buat;

-Ayam dipotong mengikut pilihan sendiri.kemudian dicuci bersih(kalau suka goreng dahulu)
-cili kering,bawang putih,halia dan bawang besar dikisar halus
-panaskan minyak,rempah yang dikisar tadi ditumis hingga garing.kemudian masukkan rempah kari.Setelah itu masukkan ayam,tomato puree,susu cair,garam dan serbuk perasa .gaul rata.
-Tomato biji dipotong lalu dimasukkan ke dalam rempah td.masukkan juga bawang goreng dan daun pudina.kacau perlahan.
-biarkan hingga rata dan da bole nk melantak da....hehehe

p/s-tak tahu panduan sukatan?tengok sini:-sukatan

Panduan Sukatan Metrik

Timbangan berat

1.2 kg                                      =  2 kt
600 g                                       = 1 kt
300g                                        = 8 tah
150g                                        = 4 tah
38g                                          = 1 tah
450g                                        = 1 lb./1 paun
25 g                                         = 1 0z./1 auns

Isipadu

1 liter                                      = 4 1/2 cawan (cawan 8 auns cecair)
500ml                                     = 1 pain
250ml                                     = 1/2 pain
1 camca besar                        = 15 ml
1 camca teh                            = 5 ml


Ukuran panjang

2.5 cm                                   = 1 inci
10cm                                     = 4 inci
25 cm                                    = 10 inci

Suhu Ketuhar

Perlahan                               = 150 'c -170 'c (300'F-325'F)
sederhana                            = 180'c - 190'c (350'F-375'F)
panas                                  =  200'c - 220'c (400'F-425'F)
amat panas                          = 230'c - 240'c (450'F -475'F)

Comments Links to this post

Ayam Goreng Sambal


Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong 18 bahagian
250gm cili kering(dikisar)
200gm bawang(dikisar)
50gm halia (dikisar)
50gm bawang putih(dikisar)
sedikit garam dan perasa(ajinomoto)

cara nak buat:
-Goreng ayam terlebih dahulu.kemudian campurkan semua bahan yg dikisar dan digoreng sehingga kekuningan.
-setelah itu,masukkan ayam dan kacau rata.akhir sekali tambakan garam dan perasa...lepas tu da bole makan

p/s-tatau pasal sukatan?tengok sini:-sukatan

Comments Links to this post

Udang Masak Lemak Pekat


Bahan-bahan:

100gm bawang besar
20gm bawang putih
10gm kunyit basah
10gm halia
1 biji santan kelapa
20gm cili Boh
200gm udang sederhana besar
50gm tomato
10gm cili merah
10gm cili hijau
10gm asam keping
garam secukup rasa

Cara nak buat:

-mesin bawang besar , halia ,bawang putih dan kunyit basah.Selepas itu bahan td dimasukkan kedalam santan dan dididihkan sehingga pekat.
-Selepas itu ,masukkan udang kedalam kuah td selama 10 min.kemudian masukkan cili merah,cili hijau,tomato,asam keping dan garam.Apabila da masak,da boleh melantak...hahaha..selamat mencuba

p/s-tatau pasal masakan?tengok sini:-sukatan

Comments Links to this post

Udang Goreng Bercili


Bahan-bahan:

1 kt(600g) udang besar
10 biji cili merah
1 senduk tomato sos
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
garam, gula, serbuk perasa (ajinomoto) secukup rasa

Cara Nak Buat :

-Udang dibersihkan tp jgn dibuang kulit, masukkan kedalam periuk dan rebus sehingga udang berwarna merah.
-Cili merah, bawang merah dan bawang putih dikisar atau digiling sehingga lumat
-panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yg telah digiling td.kemudian masukkan pula tomato sos dan tambahkan garam,gula serta serbuk perasa.
-Apabila bahan telah kekuningan dan naik baunya masukkan pula udang tadi.kacau hinnga rata dan angkat untuk melantak...hahahaha..selamat mencuba

p/s-tatau pasal sukatan?tengok sini;-sukatan

Comments Links to this post
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme