Kari Ikan









Bahan-bahannya
-2 ekor ikan kembung
-8 ulas bawang putih (3 ulas dimayang dan selebihnya ditumbuk)
-15 ulas bawang merah (5 ulas dimayang dan selebihnya ditumbuk)
-1 1/2 paket serbuk kari
-sedikit biji sawi
-santan
-air asam jawa
-garam
-daun kari

 Cara-caranya
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan
  2. Masukkan biji sawi
  3. Masukkan kari yang telah digaul dengan bawang merah dan bawang putih yg telah ditumbuk halus
  4. Apabila rempah tersebut sudah garing, masukkan santan.
  5. Kemudian masukkan ikan, air asam jawa dan garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan daun kari
  7. Siap utk dihidangkan 

#credit to resepimama

Gulai perut dan Nangka

pic gambaran penulis sahaja

Bahan-bahan:-
-1 kilo perut lembu
-1/2 kilo nangka mentah(potong kepada kiub kecil)
-1 1/2 liter santan kelapa
-70g cili padi (a)
-50g bawang merah (b)
-30g bawang putih (c)
-30g halia (d)
-30g lengkuas (e)
-10g lada hitam (f)
-40g buah keras (g)
-1 3/4 kunyit hidup (h)
-3 batang serai( diketuk)
-5 helai daun limau purut
-garam dan serbuk perasa secukupnya

-(a) hingga (h) ditumbuk lumat

cara nk buat:-

-perut dibersih dan dipotong kecil.kemudian rebus nangka sehingga lembut da tos kan selepas itu.campurkan perut dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat,serai dan daun limau purut kedalam periuk dan masakkan diatas api yang sederhana
-pati perut lembu akan keluar semasa ianya direbus.masakkan ia hingga kering.jika perut lembu tida menjadi lembut,masukkan air panas kedalamnya
-masakkan ia hingga menjadi lembut.kemudian masukkan santan kelapa dan nangka.biarkan hingga lauk ini masak dan bubuhkan garam dan serbuk perasa secukupnya.SELAMAT MENCUBA

Sotong Sumbat

#pic credit to mamasya

Bahan-bahan:
-500 g sotong basah (sederhana besar)
-400g 'red snapper'
-1 helai daun kunyit
-1 biji kelapa parut
-10g halia
-10g cili merah
-1/2 teh camca serbuk kunyit
-1 biji telur
-garam secukupnya
-lada hitam

cara nk buat:

-Giling 'red snapper' dengan cili merah,daun kunyit, kelapa,halia dan telur.sumbatkan sebahagian bahan yang digiling kedalam sotong
-masukkan sotong yang disumbat tadi kedalam campuran kunyit,santan,cili dan halia.campurkan sedikit garam dan lada hitam secukup rasa

p/s-nak cara lain?tengok sini cara lain

Ayam Seri Ratu






Bahan-bahan:-

-6 keping paha ayam
-2 helai daun limau purut
-30g cili boh(giling)
-10g halia
-50g lobak merah
-20g pes potato
-5g gula pasir
-20g asam jawa
-garam secukup rasa
-serbuk lada hitam

cara nk buat:

-goreng paha ayam sehingga kuning keemasan.goreng sedikit cili dan daun limau purut,halia dan pes tomato
-masukkan paha ayam yang telah digoreng tadi bersama-sama asam jawa,lobak merah dan gula.bubuh garam dan serbuk lada hitam mengikut rasa yang anda gemar..SELAMAT MENCUBA YE

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme